Fiq Halim

Mohammad Firdaus bin Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Fiq Halim adalah merupakan seorang penyanyi pop rock di Malaysia. Beliau merupakan bekas juara Mentor musim kedua pada tahun 2006.[1] Beliau juga merupakan protege kepada penyanyi Amy Search ketika bertanding didalam program realiti televisyen tersebut. Pada tahun 2007, selepas menerbitkan dua single nyanyiannya, Tiga Malam Tanpa Bintang dan Bukti, beliau kemudian menghilang seketika daripada industri muzik tanah air. Namun pada 2010, beliau membuat kemunculan kembali dengan menerbitkan album sulungnya berjudul Diagnostik dan mula berkolaborasi dengan artis-artis masa kini seperti Akim, Aepul Roza dan Aweera.